Author Archives: muhamad yusri

Sedapnya Ketupat Sotong

Salam Semua,

Tentu kalian pernah dengar tentang sejenis makanan yang dipanggil ketupat sotong kan? Bahkan mesti ramai juga antara kalian tertanya-tertanya apa itu ketupat sotong? Tidak pernah dengar pun nama ketupat ni? Dan pasti juga ada antara kalian pernah makan ketupat sotong ini tetapi sudah lama dulu. Masa kecil-kecil dulu. Mak yang masakkan ataupun jiran sebelah rumah yang berikan. Mungkin juga ada antara kalian baru sahaja makan petang semalam ataupun pada 2 minggu lepas. Isteri kalian yang buatkan ataupun tunang dan bakal tunang yang sediakan. Bagi mereka yang kenal dan pernah makan ketupat sotong ni pasti mempunyai cerita yang tersendiri samada suka ataupun duka. Continue reading

(2007)

Keputusan Rasmi Peperiksaan Radio Amatur (RAE) 2012-2

Salam semua,

Setelah beberapa minggu menunggu akhirnya sampai jua surat keputusan rasmi RAE 2012-2 dari SKMM. Surat ini telah aku terima pada 20 Februari 2013. Kenapa aku tunggu sangat surat ni? Bukan aku sahaja malah semua calon yang telah menduduki peperiksaan Radio Amatur (RAE) pada 19 Disember 2012 yang lalu dan telah lulus dengan begayanya sangat-sangat menantikan surat rasmi ini. Sebab utamanya adalah untuk membuat permohonan Apparatus Assignment (AA) bagi mendapatkan sijil pengendali Radio Amatur Kelas B. Continue reading

(5763)

Kepentingan Cermin Blind Spot

Rasanya tentu kalian pernah tengok cermin kecil yang orang tampal pada cermin sisi kereta (side mirror). Cermin ni dipanggil cermin blind spot. Di sini, ingin sekali aku kongsikan tentang betapa pentingnya cermin blind spot ini. Mungkin sudah ramai yang pasang pada cermin sisi kenderaan masing-masing dan ramai juga yang belum memasangnya. Berkemungkinan ramai yang tidak mengetahuinya atau buat-buat tak tahu dan tak nak membazirkan duit membeli cermin itu. Continue reading

(7643)